Bismillahirrahmannirrahim. Assalamualaikum!
Heee...lamanyer tak menulis kat blog sy yg ade dua org follower je ni. Muahahaha!
Biarkan...yg penting sy gian nak menulis semula.
Ehem! Baiklah mari kita mulakan :)
Oh ya...hari ni merupakan hari yg ke-19 buat seluruh umat Islam berpuasa.
Tapi sy dah beberapa hari tak blh berpuasa. Cuti umum bagi org perempuan...HEHE!
Sila jangan jeles ye sbb tak best pun 'cuti umum' ni sbb tak dapat puasa then nanti nak kene ganti puasa.
Tak lama lagi Ramadhan bakal meninggalkan kita. Sedihnya :'(
Sebab tahun hadapan belum tahu lagi kita berpeluang bertemu dengan Ramadhan atau tidak.
Kalau ini bukan Ramadhan terakhir kita, mungkin ini Ramadhan terakhir org yang kita sayang.
Mari kita berdoa agar Allah panjangkan usia kita, usia kedua ibu bapa kita dan usia seluruh ahli keluarga dan saudara mara kita agar kita semua dapat berpeluang mengecapi nikmat Ramadhan pada tahun hadapan.
InsyaAllah!
And...and...and...akhir Ramadhan ni nanti, ada org tu akan pergi menyambung pelajaran ke luar negara.
Tak lama...kejap je. Sy doakan semoga dipermudahkan perjalanan hidupnya sehari-hari disana. Aamiin :)
Haaa...dah pukul 4, jom golek-golek sementara menanti Asar then golek-golek lagi sementara menanti nak pergi bazaar ramadhan...kbye!