Thursday, July 2, 2009

Puisi Hamba - Ella


Esok hari...tiada lagi
Suramnya hati untukku pergi
Meninggalkan bulan dan suria
Itu umpama kamu semua
Diri ini diterpa hiba
Tika fajar berubah senja

Terimalah puisi hamba
Penggantiku bila tiada
Sukar untuk ku berkata
Selamat tinggal semua

Aku ini sering berdoa
Kepada yang Maha Kuasa
Agar kita satu semula
Sayang ini bukan masanya

Sejauh mana aku kembara
Memoriku digalas bersama
Esok hari tiada lagi
Suramnya hati untukku pergi
Terimalah...
Terimalah...
Terimalah...
Terimalah...


Lirik ini membuat pedih dihati. Bagai mahu berpisah tapi belum bersedia tapi harus berpisah jua. Tiada apa yang akan dpt menghalang...apabila tiba masa kita harus pergi, kita tak akan boleh tunggu lagi cuma kita harap org yang kita tinggalkan itu akan kuat dan tabah. Tegar hatinya, kental jiwanya.


Tapi mampukah aku kalau aku yang ditinggalkan itu? Ditinggalkan tanpa aku dapat melihat mereka lagi?


Mak...ayah...ryn tak mahu berpisah dari mak dan ayah...selalu ada disisi ryn walaupun ryn dah ada suami dan anak nanti ya...

No comments: